Wednesday, February 11, 2009

MENGAWAL DAN MENGENDALIKAN NAFSU


Assalamualaikum buat saudara-saudaraku..Alhamdulillah, ana menemui kembali kitab Tasawwuf ana..Insyaallah,sedikit perkongsian untuk kalian bagi ana mengupas dan membicarakan dgn lebih terperinci soal nafsu..dari apa yang pernah ana belajar dulu..

Sebelum ana bergerakjauh ayuh kita sama-sama menghayati ayat Allah ini..

Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar: 42 yang bermaksud:

Allah yang mengambil satu-satu jiwa dari badannya ketika wafat dan dalam masa tidurnya(sebelum wafat), kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain(kebadannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan.Sesungguhnyanya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir(untuk memahaminya)

Di dalam Firman Allah di atas menjelaskan kepada kita bahawa Allah memegang jiwa manusia yang sudah wafat dan yang sedang tidur nyeyak..Tetapi, nyawa orang yang wafat itu dipegang terus oleh Allah sedang nyawa yang sedang tidur itu dikembalikan-NYA kepada tubuhnya dan akhirnya kita bangun kembali..Andai kita memperhatikan rahsia tidur dan mimpi nescaya kita akan mengeahui rahsia kehidupan dan kematian dan bahawa kematian itu bukan bererti lenyap atau habis melainkan sekadar perpisahan antara jasad(jasmani) dan roh(jiwa atau rohani)

Kita beralih kpd topik sebenar yang ingin ana terangkan iaini soal nafsu..

APA ITU NAFSU???

Nafsu berasal dari perkataan nafas yang bererti jiwa atau roh atau diri yang tidak zahir pada manusia.Ia menjadi sumber hayat yang dapat menggerakkan seluruh bahagian dalam diri manusia sama ada anggota yang nyata atau tidak terutamanya jantung sebagai sistem utama bagi seluruh sistem hidup diri manusia. Jantung yang elok dapat berfungsi dengan baik dan membolehkan sistem pernafasan berlaku dalam keadaan normal. Nafs yang bergerak secara dinamik dan berterusan tanpa henti memberi daya kepada manusia untuk hidup dan bekerja melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya..

Selama manusia dapat bernafas maka selama itulah manusia mempunyai nafsu yang bererti keinginan, kemahuan dan keghairahan terhadap sesuatu sama ada yang baik atau yang tidak baik. Selama manusia mempunyai nafsu, maka jiwa atau roh manusia masih ada dan manusia masih hidup..

SIFAT-SIFAT NAFSU

Nafsu atau jiwa manusia itu Cuma ada satu sahaja tetapi ia boleh berubah kepada sekurang-kurangnnya tiga tahap dengan tiga kualiti atau nilai. Namun, ada dikalangan ahli tasawwuf yang membahagikannya kepada empat tingkat iaini nafsu ammarah, lawwamah,musauwillah dan nafsu muthmainnah dan ada pula yang membahgikannya kepda tujuh tingkat iaini nafsu ammarah,lawwamah,muthmainnah,radhioh,mardhioh dan kamaliyyah..

Apapun, untuk kali ini ana akan terangkan tiga sahaja sifat2 nafas atau tingkatnya iaini

  1. Nafsu amarah atau jiwa yang mendorong ke arah keburukan
  2. Nafsu Lawwamah iaitu jiwa suka mencela diri sendiri
  3. Nafsu muthmainnah iaitu jiwa yang tenang..

NAFSU AMARAH

Firman Allah di dalam Surah Yusuf : 53

Erti: sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang2 yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku(maka terseamatlah ia dari hasutan hawa nafsu itu)

Nafsu amarah adalah jiwa yang tertarik kepada perkara-perkara yang buruk, kerja atau amalan yang sia-sia, perkara-perkara yang melekakan dan melakukan maksiat dan perbuatan mungkar.Nafsu ini menguasai emosi atau perasaan manusia supaya melakukan perkara-perkara tersebut dan mendapat kepuasan daripadanya tanpa memberi ruang kepada akal untuk menilai akibat buruknya..

Nafsu amarah ini merupakan nafsu yang paling rendah tahapya sebagai satu faktor dalaaman yang menjadi perosak kehidupan dan kemajuan hidup manusia.Orang yang dikuasai oleh nafsu ini dan mempunyai akhlak yang rendah dan jiwa yang parah serta menjadi punca gejala sosial dan kemunduran serta keruntuhan dalam masyarakat dan tamadun ummat.

NAFSU LAWWAMAH

Firman Allah di dalam surah Al-Qiamah: 1-2

Aku bersumpah dengan hari Qiamat dan Aku bersumpah dengan ” nafsu lawwamah”(bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati!!

Nafsu Lawwamah ialah jiwa yang selalu menilai diri sendiri seperti (muhasabah) dengan manilai keinginan, perlakuan, cara hidup, pengalaman baik dan buruks serta matlamat hidupnya. Ia akan melihat ke dalam diri dan membuat penilitian dan penilaian sehingga ketahap sedar, insaf dan kesal terhadap diri sendiri dan membuat langkah2 memperbaiki diri, kemudian berasaa tenang dengan adanya kebaikan dan gelisah menghadai keburukan.

Nafsu Lawwamaah ini juga berusaha mengawal emosi dan memberi ruang kepada akaal untuk membuat penilitian, pertimbangan, penilaian dan pembetulan. Ia juga membuka pintu hati budi yang Luhur( Dhomir) untuk merasai nilai kebenaran dan kebaikan haqiqi dalam perjalanan hidup manudia yang penuh cabaran dan ujian(ibtila’)

Nafsu Muthmainnah ialah jiwa yang tenang dan berjaya menundukkan hawa nafsu dan bebas daripada pengaruhnya. Ia dapat mengawal nafsu syahwat dan berjaya mengatasai kekurangan dan kerendahan diri yang selali mengganggu kehidupan manusia yang menjadikannya tidak tenteram sebaliknya ia mendorong manusia berpegang kepada kebenaran(hak) dan perkara yang hak, baik, indah dan berguna berpandukan syariat Islam untuk mencapai kesempurnaan dan keredhoan Allah Taala.

Orang yang sampai ke tahap nafsu Muthmainnah mempunyai nilai diir yang luhur dan unggul, cemerlang dan terbilang di sisi Allah Taala.Ia bersifat zuhud terhadap kebendaan dan keduniaan.Ertinya bahaw aia tidak terpedaya terhadap kedua-duanya dan tidak diperhambakan oleh kebendaan dan keduniaan.Ia lebih mengahraapkan kurniaan Allah dgn sifat pemurah dan suka bersedekah.Ia menggunakan kekayaan harta benda untuk berjihad atau berjuang menyampaikan yang hak ,menegakkan yang hak dan menentang kebatilan.Mereka mendapat bintang kehormatan sebagai Ar-Rasyiddin (orang yang mengikuti jalan yang benar).

Firman Allah dalam Surah Al-Fajr : 27-30

Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan baiknya, kembalilah kepada Tuhanmu dgn engkau berpuas hati(dgn nikmat yang diberi) lagi diredhoi!Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurga.

Panduan Membentuk Jiwa Yang Luhur

Jiwa manusia bukan hanya berada pada suatu tahap sahaja krn jiwa manusia itu boleh ditingkatkan ke tahap yang tinggi iaitu nafsu muthmainnah dan boleh juga jatuh ke tahap yang rendah iaitu nafsu amarah. Inilah keistimewan jiwa manusia yang dinamik dan boleh berubah-ubah.Maka untuk meningkatkan kualiti jiwa beberapa perkara hendaklaj diberi perhatian.

Perkara yang menjadi asas peningkatan kualiti jiwa manusia ialah iman,ilmu dan amal.Iman menjadi teras bagi pembentukan jiwa yang luhur dan cemerlang dan dikukuhkan pula dgn ilmu serta disuburkan dgn amal.Jiwa manusia akan menjadi rosak dan hancur apabila tiada iman,jahil dan membuat maksiat.

Terdapat bebrapa proses yang perlu dilalui dalam membina jiwa yang luhur iaitu:

1.Ta’lim iaitu pengajaran dan pembelajaran melalui guru yang mursyid.

2.Tarbiyah iaitu pendidikan dan latihan melalui riyaadhoh terutamanaya zikir.

3.Ta’dib iaitu pembentukan nilai diri yang luhur melalui jihadunnafs

4. Tahzib iaitu peningkatan dan pengukuhan nilai diri melalui tazkiyatunnafs (meluhurkan jiwa) wa tosfiyatul qulub

Terdapat juga beberapa langkah dan tingkat yang perlu dilalui iaitu

- membebaskan diri dari lingkaran nafsu amarah dengan menyingkap tabir kejahilan yang menyelubungi diri untuk menganal hakikat diri manusia.

- menilai harga diri (muhasabah) dalam lingkaran nafsu lawwamah

- meningkatkan kualiti diri ketahap nafsu Muthmainnah

Demikianlah serba sedikit perkongsian tentang nafsu..insyaallah,semoga dengan mengenali tingkat-tingkat NAFSU dan jiwa ini, kita akan lebih memahami diri kita sendiri dan berusaha untuk membaiki diri dari sehari ke sehari..