Tuesday, June 12, 2012

KHABARAN BERITA


gambar ini sekadar perhiasan..

Assalammualaikum w.b.t

Sudah lama benar blog 'BICARA HATI WANITA' ini sepi tanpa suara dari pena..mungkinkah ada yang ternanti-nanti..atau tercari-cari?maaf dari penulis..membiarkan blog ini sunyi tanpa berpenghuni..

Hari ini..13Jun 2012..sedar tidak sedar..sudah hampir lima bulan penulis bergelar seorang isteri..tiada cerita cinta atau perkenalan sebelum nikah yang ingin dikongsi...cukuplah untuk kumengatakan gerak dan tutur kata antara aku dan suami sebelum menuju ke alam perkahwinan..maka yang menggerakkannya adalah Allah..tanpa mengenali..tanpa perlu berbicara dari telefon..tanpa berjumpa bersama..Allah mengaturnya dengan cukup mudah..maha suci Engkau ya Allah..dan ya!CINTA HALAL dan CINTA SETELAH NIKAH itu cukup indah bagiku..sangat indah bila kadang-kala kami perlu berjauhan kerana suamiku out station dan aku merindui suamiku.

"bantu aku menjalankan kewajipanku sebagai seorang isteri ya Allah..kerana aku ingin menjadi isteri untuk suamiku di dunia dan di akhirat..dan ketua bidadari di syurga untuk suamiku.."

Meniti detik hari yang berlalu, aku suka berkata-kata dgn anak dalam kandunganku..terasa kebesaran Tuhan saat ia bergerak-gerak dalam rahimku..tiada apa yang mampu dilafaz..melainkan berdoa agar Allah melindunginya dan menjadikan ia hamba yang beriman dan bertaqwa..

Pembaca yang dirahmati Allah,

Nikmat manakah yang harus kita dustakan??

Allah mengatur yang terbaik untuk kita..melimpah pelbagai niikmat untuk kita rasai..cuma kita yang kadangkala leka dan alpa dari melafaz rasa syukur..

Sekalipun,kadangkala Allah menguji kita dgn pelbagai percubaan..tapi,yakinlah..andai hati kita sentiasa ingat Allah..andai kita sabar dan ikhlas..maka kesabaran dan keikhlasan itu akan membuah kebahagiaan atas kurniaan-Nya jua..Isbir..Isbir..Isbir..


Akhir kata dari penulis..Insyaallah, saya akan cuba untuk tidak membiarkan blog ini sepi tanpa suara..untuk kali ini..cukuplah setakat ini sebagai KHABARAN BERITA dari penulis..semoga kita semua sentiasa di dalam rahmat dan lindungan ALLAH..

p/s:bersamalah kita berdoa untuk saudara-saudara se-Islam kita di seluruh dunia..